Apa Beza Pola Fesyen Baju Kurung Pesak 2017

Apa Beza Pola Fesyen Baju Kurung Pesak 2017

Ada banyak jenis baju kurung yang ber pesak ni. Sesetengah orang suka kurung yang ada pesak.

Kalau nak update terkini pola percuma dari saya, saya sarankan anda join telegram channel saya ya. telegram.me/diyatheauthor .

Baju kurung ber pesak lebih menarik sebab bila pakai kadang baju akan nampak terbentuk cantik. Takda lah flat je macam baju kurung biasa.

Kategori Pola Fesyen Baju Kurung Pesak 2017

Baju kurung ber pesak ada beberapa kategori iaitu:

  1. Baju Kurung Tradisional/ Pesak buloh
  2. Baju kurung permaisuri
  3. Baju Kurung Pesak Gantung
  4. Baju Kurung Riau
  5. Baju Kurung Pahang

Apa Beza Antara Baju Kurung Pesak Gantung & Kurung Pahang/ Kurung Riau

Baju Kurung Tradisional/ pesak buloh

kurung tradisional pesak buloh
Kredit gambar azka collection zalora

Untuk pola baju kurung tradisional dia takda pesak macam kurung yang lain. Baju kurung tradisional ni ada kekek berbentuk segiempat sama yang dicantumkan dengan pesak bahagian bawah

Baju kurung Pesak Gantung

pesak gantung kurung
kredit gambar kurung pesak gantung fashion valet

Pesak untuk baju kurung pesak gantung ni ada dua keping. Satu pesak atas dan satu pesak bawah. Kedua pesak dipotong berasingan

Baju kurung permaisuri

Untuk baju ni, pesak jenis terus sahaja 1 keping. Takda pesak atas dan bawah macam kurung yang lain.

Baju kurung Pahang

Baju kurung Pahang
Kredit gambar kurung pahang button my buttons

Untuk kurung pahang pula, pesak atas dan bawah berasingan cuma bezanya dengan kurung riau adalah pada kolar baju. Kolar baju untuk kurung pahang berbentuk bulat.

Baju Kurung Riau

kurung riau
kredit gambar kurung riau cik puan gojes

Untuk baju kurung riau pula, yang membezakan dengan kurung pahang adalah pada kolar. Kolar kurung riau jenis cekak musang/kolar mandarin.

Kesemua jenis kurung yang VD cerita kat sini ada keunikan tersendiri. Trend fesyen kurung sekarang lebih fokus pada rekaan moden.

Tapi, rekaan asal kurung ada peminat yang tersendiri. Malah pemakai pun kelihatan lebih ayu serta sopan bila menggayakan kurung tradisional.

Baca Juga Ukuran Badan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Baju

2 comments on “Apa Beza Pola Fesyen Baju Kurung Pesak 2017Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.