Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara Penor

Sebenarnya dah lama saya stalk keluarga diraja Johor setiap kali mereka hadir ke majlis tertentu. Terutamanya Che Puan Khaleeda. Hehe.

Baju yang kerabat Diraja Johor pakai pada mulanya nampak macam kain cotton jenis silk/sutera. Saya ingatkan jenis kain adalah cotton silk. Rupanya sangkaan saya salah sama sekali.

Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara Penor

Pakaian yang digayakan Kerabat Diraja Johor merupakan material tenun yang halus buatannya. Bukan alang-alang.

Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara Penor

Dalam gambar nampak berkilat cantik. Saya tak pernah menyentuh material tenun Diraja. Tapi, kalau kain tenun biasa saya pernah sentuh yang mana saya rasa kain tenun biasa lebih bersifat kasar & panas dipakai.

Kecuali jika kain tenun biasa tu dilapik lining dalam.

Dan tenun biasa memang berbeza daripada tenun Diraja. Kita boleh tengok sendiri walaupun hanya dari gambar.

Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara Penor

Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara Penor
kain tenun diraja

Paling best sekali bilamana majlis perkahwinan Diraja Tunku Tun Aminah hanya mengenakan persalinan baju kurung Johor dengan sedikit lipatan pada bahagian lengan.

Nampak je macam kurung biasa. Tapi awal lagi saya dah perhatikan kilauan pada baju tu lain. Simple tapi mahal buatannya.

Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara Penor
gambar oleh royal press office

Siapa Yang Cipta Fesyen Baju Kahwin Tunku Aminah?

Baju kurung direka oleh Tunku Aminah sendiri, rekaan fabrik baju perkahwinan pula ditetapkan oleh Tengku Puan Pahang, YAM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Iaitu adik kepada Sultan Johor sendiri, ayahanda kepada Tunku Tun Aminah.

Manakala kain ditenun khas oleh banduan berbakat daripada Penjara Penor. Fuhh. bestnya berpeluang buat baju Diraja untuk hari bersejarah Tunku.

Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara Penor
gambar oleh Tengku Puan Pahang

Tengku Puan Pahang disayang rakyat kerana keramahan & kerajinan dalam masakan & memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Untuk bahagian tenun saya tak perasan rupanya Tengku Puan Pahang sangat teliti & menghargai hasil tenunan tu sendiri.

Dijamin kain material Tenun Pahang Diraja akan menjadi igauan rakyat termasuklah saya! Sebab serius material berbeza berbanding kain tenun biasa.Dah lama saya perhati pakaian Diraja ni.

baju tenun diraja johor

0 comments on “Baju Perkahwinan Tunku Aminah Hasil Tenun Banduan Penjara PenorAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.