Cara Jahit Ikatan Pinggang Getah Separuh Untuk Kain

Cara Jahit Ikatan Pinggang Getah Separuh Untuk Kain

Untuk artikel sebelum ni, Dya ada ajar pola cara nak buat kurung pesak buloh/ kurung tradisional. Tapi, untuk beginner buat bahagian kain, Dya yakin ramai lagi belum tahu cara nak jahit dan ukur getah pada pinggang kain kan?

Dalam artikel ni Dya akan tunjuk cara cara nak buat getah pinggang jenis separuh.

Untuk ben pinggang jenis getah separuh ni, zip boleh letak kat tepi ataupun belakang punggung. Ikut keselesaan.

Peralatan & bahan yang perlu korang sediakan:

  1. Mesin jahit lurus
  2. Pembaris lurus
  3. Pita ukur
  4. Gunting fabrik
  5. Benang
  6. Fabrik
  7. Lapik dalam/ pengeras bergam
  8. Sniper
  9. Jarum peniti

Sebelum start tu, cara nak potong ben pinggang pada fabrik:

  • Potong ikut ira kain.
  • Panjang kain yang diukur = ukuran keliling pinggang +3.75cm untuk pelaras & 1.25cm untuk basi jahitan
  • Lebar kain yang diukur = Letak getah pinggang pada kain, kemudian lipatkan kain tu. Kemudian tambahkan 1.25cm untuk basi jahit.
  • Ukur lebar Pengeras bergam mengikut sama lebar dengan getah pinggang. Biasanya akan terlebih sikit. Boleh potong pengeras terlebih tu.

Cara Jahit Ikatan Pinggang Getah Separuh Untuk Kain

Sebenarnya ada 3 jenis ben pinggang iaitu:

  1. Ikatan pinggang getah separuh
  2. Ikatan pinggang lurus
  3. Ikatan ben pinggang sambung

Tapi, dalam artikel ni Dya akan bagi pola untuk ikatan pinggang getah separuh ok?

So sekarang kita ukur pulak pengeras & getah pinggang:

Cara Jahit Ikatan Pinggang Getah Separuh Untuk Kain

Macam yang Dya dah maklumkan tadi, ikatan pinggang getah separuh ni boleh letak ZIP kain pada:

  • Sebelah tepi kain
  • Tengah punggung kain.

Zip Sebelah tepi kain

Susunan getah dan pengeras kalau zip/kancing diletak di bahagian tepi kain:

Cara Jahit Ikatan Pinggang Getah Separuh Untuk Kain
ini susunan untuk zip di bahagian TEPI kain

ZIP BELAKANG PUNGGUNG KAIN

Susunan getah dan pengeras kalau zip/kancing diletak di bahagian belakang kain:

Susunan getah dan pengeras kalau zip/kancing diletak di bahagian tepi kain:
INI SUSUNAN UNTUK ZIP DI BAHAGIAN  belakang KAIN

Perhatikan kedua gambar di atas, sebenarnya cara susun tu terbalik je. So, harapnya korang tau dah macamana nak susun getah pinggang untuk zip tepi & belakang kain.

Tips jahit getah pinggang kain:

  • Untuk bahagian pengeras, bila jahit mata benang memang wajib kena pada pengeras + ben kain tu.
  • Untuk bahagian getah, DILARANG jahit benang di atas getah + kain. Korang kena jahit di atas kain sahaja & pastikan jahitan tak terkena getah
  • Dah setel jahit getah & pengeras, di bahagian getah pinggang tu boleh jahit di tengah-tengah getah untuk kekemasan.

2 comments on “Cara Jahit Ikatan Pinggang Getah Separuh Untuk KainAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.