Dahulunya seorang pembaca berita serta wartawan. Kini, Queen Letizia menghentikan nafas semua orang setiap kali dia berjalan sebagai permaisuri kepada Raja Philip VI, Raja negara Sepanyol.
Kenapa? Kerana kecantikan dan fesyen yang dibawa.
FOLLOW Page FB VIVADEA & SET AS SEE FIRST. Ada banyak pola percuma & info terkini akan update kat sana.
Nama penuh digelar Letizia Ortiz Rocasolano.
Bila tengok pola perkahwinan diraja, teringat tentang Sultan di Malaysia yang berkahwin dengan seorang pembaca berita juga. Malah Sultan di Brunei juga pernah beristerikan seorang pembaca berita.
Nampak gayanya siapa yang jadi pembaca berita tu, ada can untuk dilamar keluarga diraja. Hehe.
Berbalik kepada cerita.
Apa yang membuatkan Dya tertarik menulis tentang Permaisuri Letizia?
Satu je. Fesyen.
Kerabat diraja paling popular di luar negara setahu Dya hanyalah Kate Middleton dan Queen Rania. Segala fesyen yang dipakai menampakkan keanggunan tersendiri.
Jadi, bila terjumpa Permaisuri Letizia, fesyen yang dipakai boleh tahan hebat juga. Malah lebih menyerlah setanding Kate Middleton.
Apa Yang Best Tentang Keluarga Diraja?
Aura serta energi keluarga diraja berbeza berbanding orang biasa. Dan ianya effortless. Tak perlu usaha yang banyak untuk dapatkan aura keberlimpahan, pesona serta karisma.
Untuk rakyat yang biasa macam kita ni, kesemua aura best tu boleh juga diperolehi. Cumanya kena berusaha lebih sedikit.
Bukan usaha jadi keluarga diraja. Tapi, usaha supaya diri ni melekat dengan aura yang dimiliki keluarga diraja.
Inspirasi Fesyen Mewah Queen Letizia Setanding Kate Middleton
Dya memang suka tengok kehidupan kerabat diraja. Tak kisahla kerabat diraja Malaysia mahupun luar negara.
Sebab Dya suka tengok aura yang mereka pancarkan serta crown yang dipakai. Ada sebab kenapa Dya suka tengok.
Crown yang dipakai ada energi yang sangat besar dan gah. Dijamin jika ada yang pakai crown tu, secara automatis aura keberlimpahan, pesona dan gah tu akan membanjiri getaran aura diri.
Jadinya, kat bawah ni antara fesyen yang bagi Dya sangat perfect dan cantik untuk Queen Letizia:














KORANG SUKA YANG MANA SATU? KOMEN KAT BAWAH OK?
Baca juga artikel Pola Baju Kurung Tradisional (PERCUMA)
0 comments on “Inspirasi Fesyen Mewah Queen Letizia Setanding Kate Middleton” Add yours →