Nurita Harith Guna Tisu Vinda Untuk Hasilkan Baju Kahwin Sempurna

Tak pernah terfikir yang kita boleh buat baju yang cantik hanya dengan guna tisu sahaja. Yelah, tekstur tisu sangat lembut & rapuh. Bila terkena air, akan menghilang.

Tapi ternyata Nurita Harith berjaya menghasilkan baju perkahwinan yang sempurna & cantik menggunakan tisu Vinda Deluxe.

Vinda Deluxe, Tisu jenama baru yang bakal berada di pasaran

Nurita Harith Guna Tisu Vinda Untuk Hasilkan Baju Kahwin Sempurna

Masa model melangkah masuk, Dya perhati teliti tekstur pada baju. Dalam hati cakap ” tak terkoyak ke tisu tu?”

Nurita Harith Guna Tisu Vinda Untuk Hasilkan Baju Kahwin Sempurna

Sempat bertanya dengan pereka fesyen, Nurita Harith. Adakah baju yang diperbuat daripada tisu ni akan koyak jika kita regangkan?

Nurita Harith Guna Tisu Vinda Untuk Hasilkan Baju Kahwin Sempurna
Me with Nurita Harith

Nurita kata tidak. Sebab baju kahwin tisu ni dibuat menggunakan tisu berkualiti jenama Vinda Deluxe dan dibuat berlapis-lapis untuk menyokong tekstur pada binaan baju tersebut.

I was like “oh my, u’re so creative! I never thought of this skill before.

Masa pelancaran produk tisu jenama Vinda Deluxe ni Dya sempat jugakla buat konon-konon baju pengantin sendiri guna tisu atas patung barbie. Tapi, payah weii.

Nurita Harith Guna Tisu Vinda Untuk Hasilkan Baju Kahwin Sempurna

Dya kagum dengan kebolehan Nurita Harith untuk mencantumkan helaian demi helaian tisu Vinda Deluxe sampai jadi baju pengantin yang kukuh & cantik.

Tekstur Baju Bila Dilihat Luar Kamera?

Dia macam kesat tapi lembut. Samalah sifat dengan tisu. Cuma bezanya, baju kahwin ni lebih padat & kukuh.

Tisu Vinda dibuat menggunakan teknologi tenunan fiber & diperbuat daripada 100% pulpa kayu asli premium

Tisu kualiti premium ni macam yang Dya da tunjuk kat bawah. Tisu kekal cantik & kuat walaupun kita lukis macam-macam atas tisu ni guna pewarna yang basah.

Kelebihan Lain Pada Tisu Vinda Deluxe?

Ada yang  tertanya, adakah hanya tisu berwarna putih sahaja yang boleh digunakan untuk buat baju? Sebenarnya tak.

Tisu Vinda Deluxe boleh diwarnakan ikut kreativiti masing-masing. Dan warna yang dilukis atas kain akan terbentuk cantik tanpa cela.

Contoh macam gambar kat bawah ni. Semua ni dilukis menggunakan tangan. Seni lukis yang halus & cantik.

Nurita Harith Guna Tisu Vinda Untuk Hasilkan Baju Kahwin Sempurna

Dan tisu ni boleh juga dibuat bunga-bunga macam gambar kat bawah ni. Sebenarnya banyak benda boleh buat guna tisu.

Kadang kalau rasa nak buat pelamin kahwin jenis budget tapi cantik. Hah, guna tisu pun dah ok. Kena kreatiflah.

guna tisu buat hiasan

Kat Mana Ada Jual Tisu Vinda Deluxe?

Tisu Vinda dah masuk pasaraya berdekatan korang antaranya Aeon Big, Bullion, Econsave, Giant, Pacific, Cold Storage, Pantai Timor dan Tesco.

 

0 comments on “Nurita Harith Guna Tisu Vinda Untuk Hasilkan Baju Kahwin SempurnaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.