Tahniah diucapkan pada Puan Hanis Arif atau lebih dikenali dengan nama nononess di laman instagram beliau, atas pernikahan yang baru sahaja berlangsung minggu ni.
Kahwin Guna Tudung Bawal Je? Pengasas Tudung Ruffle Ini Nampak Cantik
Pemilik jenama Tudung Ruffle memilih untuk memakai tudung bawal di hari pernikahan dan persandingan beliau. Apa yang menariknya hiasan di atas kepala tudung direka sendiri oleh beliau.
Pernah viral beberapa kali di media sosial sebab kreativiti beliau dalam industri fesyen tudung bawal yang diinovasikan menjadi lain daripada yang lain.
Boleh tengok gambar sewaktu majlis perkahwinan beliau di laman Instagram Nononess atau tengok kat FB Magicalips kat bawah ni hah pun boleh jugak.
Untuk jadi inspirasi korang masa majlis istimewa tu nanti.
Bertudung bawal lebih sweet
Posted by Magicalips.com on 9hb September 2017
Kalini, majlis istimewa Nononess viral lagi di media sosial MAGICALIPS
Viral sebab penampilan bertudung bawal nampak simple tapi cantik gila. Malah, seperti yang kita sedia maklum, bila bertudung bawal, sebenarnya kita akan nampak awet muda.
Bertudung Bawal Buat Kita Nampak Muda
Betul tak? Cuba bezakan antara memakai selendang dan bertudung bawal? Pada Dya bertudung bawal adalah fesyen evergreen yang sentiasa mendapat tempat di kalangan wanita berhijab.
Selain mudah disarung dan digayakan, tudung bawal juga menjadikan kita nampak lebih muda remaja seperti masih di zaman sekolah lagi.
Rasanya fesyen tudung kahwin yang dibawa oleh Nononess ni akan menjadi ikutan ramai. Termasuklah Dya. Hehe.
Memang sejak kebelakangan ni Dya sendiri suka bertudung bawal. Ringkas & sejuk mata memandang. Gituhh
Baca Juga Inspirasi Kain Tenun Perkahwinan Tunku Tun Aminah
0 comments on “Pengasas Tudung Ruffle Kahwin Guna Tudung Bawal Je?” Add yours →